Categories
Berita

GANGGUAN BEKALAN AIR DI PASIR GUDANG 31 OKTOBER INI

JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan sekitar Pasir Gudang dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 23 jam bermula pukul 7 pagi pada 31 Oktober ini hingga enam pagi keesokan harinya.

Ranhill SAJ Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, gangguan bekalan air itu ekoran pelaksanaan kerja terancang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terlibat termasuklah keseluruhan Taman Plentong Baru, Kampung Baru Plentong, Taman Bukit Dahlia, Taman Cendana, Kampung Pasir Putih, Masjid Jamek Pasir Gudang, Tanjung Puteri Golf Resort, Taman Air Biru dan keseluruhan kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Turut terjejas, pusat bandar Pasir Gudang, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Balai Bomba dan Polis Pasir Gudang, Muzium Layang-Layang serta beberapa kawasan sekitar.

“Pelaksanaan kerja-kerja terancang itu akan membabitkan gangguan bekalan air sama bekalan air minimum ataupun tiada bekalan air langsung.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang sepanjang tempoh gangguan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, tangki simpanan air sedia ada di premis kediaman boleh bertahan untuk penggunaan normal selama 24 jam.

Untuk sebarang maklumat, boleh hubungi talian 1800-88-7474.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *