Categories
Berita

GEMPAR! HARIMAU KUMBANG MASUK U

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menggemparkan apabila kemunculan seekor harimau kumbang masuk dalam kawasan UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.
Menurut PERHILITAN,  harimau kumbang yang keluar dari habitatnya dan tonjolkan diri di tempat awam menunjukkan habitatnya mengecil, kekurangan sumber makanan dan ancaman keselamatan dalam kawasan rayaunya.
Perlu diingatkan Harimau Kumbang adalah spesis terlindung dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidup Liar 2010. Memburu, membunuh dengan sengaja untuk tujuan memiliki, menjerat, dan menangkap Harimau Kumbang adalah jenayah berat yang boleh mengheret pelaku ke penjara dengan denda hingga RM100,000.00.

Harimau Kumbang kini sedang dalam pengurusan dan pantauan pihak PERHILITAN Negeri Sembilan untuk relokasi.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *