Oleh: Editorial Penggerak Daily
Gencatan politik harus dibuat serta-merta demi kepentingan rakyat, kata EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, Onn Hafiz melalui laman facebooknya, semalam.
“Ini bukan masanya untuk berpolitik dan ‘berperang’ sesama sendiri. Pemimpin-pemimpin politik yang berada di atas sedia maklum akan rintihan rakyat”.
Onn Hafiz yang merupakan cicit kepada pengasas dan presiden UMNO, Onn Jaafar, menegaskan bahawa pandemic Covid-19 ditambah dengan ketidakstabilan politik negara menyebabkan rakyat menjadi resah, jelak dan mual dengan apa yang sedang berlaku pada ketika ini.
“Janganlah kita memburukkan lagi suasana. Bukankah kita dilatih untuk meletakkan kepentingan rakyat daripada segala-galanya?”,
“Letak tepi perbezaan idea atau pendapat demi mencari solusi yang terbaik untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan pada ketika ini”,
“Sebagai orang muda, saya merayu kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang bijaksana untuk membuat keputusan yang terbaik demi Rakyat dan Negara tercinta ini”.
PenggerakDaily