Categories
Berita Sukan

GP MALAYSIA BATAL, SEMUA PERLUMBAAN DI EROPAH

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2020 batal.

Perlumbaan paling menarik dalam kalendar MotoGP yang dijadualkan pada 30 Oktober hingga 1 November depan, dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

Selain pembatalan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), turut dibatalkan perlumbaan GP Argentina dan Thailand

Namun badan pentadbir sukan permotoran itu memutuskan untuk menambah venue GP (masih belum diputuskan) di Eropah dalam kalendar Kejuaraan MotoGP yang dijadual pada 20-22 Nov, yang juga perlumbaan terakhir musim ini, menjadikan semua perlumbaan MotoGP musim 2020 berlangsung di Eropah.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *