Grab kini bakal meluaskan inisiatif mereka dengan mewujudkan lebih banyak peluang pada sektor ekonomi digital negara.
Idea ini sekaligus dapat meningkatkan peluang penjanaan pendapatan dalam kalangan rakyat negara.
Antara kawasan yang terlibat pada inisiatif ini adalah Cameron Highlands di Pahang, Pantai Remis di Perak, Baling di Kedah, serta Mersing dan Segamat di Johor.
Menurut Ketua Hal Ehwal Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah – Perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat dijangka akan dimulakan pada akhir bulan September ini. Sementara itu, perancangan perkhidmatan GrabFood dan GrabMart dengan pembayaran secara nirtunai pula dijangka akan berlaku pada suku keempat tahun ini.
Selain itu, Grab juga merancang akan mula beroperasi di bandar-bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.
Tujuan inisiatif adalah untuk memastikan penduduk luar bandar menikmati manfaat yang sama pada perkhidmatan mereka. Berdasarkan pemerhatian mereka, menerusi data Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), kelas menengah di bahagian luar bandar mencatatkan pendapatan 41% jauh lebih rendah berbanding kelas menengah di bandar.
Oleh itu melalui penawaran ke atas kawasan sasaran terbabit, Grab Malaysia menjangkakan inisiatif ini mampu menjadi pencetus kepada peningkatan taraf hidup penduduk di luar bandar.
Sumber: Rnggt.com