Penyanyi Rihanna dikecam hebat apabila menggunakan petikan hadis yang dimuatkan dalam lagu untuk pertunjukan fesyen lingerie Savage X Fenty.
Rihanna dilihat telah menghina agama Islam setelah menggunakan lagu kontroversi yang disertakan dengan hadis Nabi dan digunakan dalam persembahan tarian di pertunjukan fesyen tersebut.
Didapati, lagu yang diselitkan dengan hadis Nabi itu merupakan lagu remix berjudul Doom oleh Coucou Chloe yang dilancarkan empat tahun lalu.
Difahamkan, hadis yang digunakan adalah penjelasan Nabi Muhammad SAW mengenai hari kiamat.
Ironinya, sebelum ini Rihanna mendapat pujian kerana menampilkan model berhijab dalam iklan jenamanya. Ramai berharap penyanyi itu membuat permohonan maaf kerana ia melibatkan isu agama.
Sumber: ODISI