Oleh: Nami Nob Cobbler
*Untuk mood yang lagi best, buka Spotify, cari playlist Turkish traditional music dan dengar sambil baca tulisan ini.
Semalam aku melihat siaran langsung solat Jumaat pertama umat Islam Istanbul di Hagia Sophia. Dengan latar permandangan Selat Bosporus, azan berkumandang dengan merdunya.
Umat Islam yang berdiri di atas bukit terdirinya bangunan indah itu, menangis dengan penuh kesyahduan. Buat pertama kalinya sejak 86 tahun, azan fardhu Jumaat berkumandang di Hagia Sophia.
Betapa dahaganya umat Islam Turki di Istanbul dengan syiar Islam. Betapa rindunya mereka kepada negara mereka yang pernah gemilang. Ada yang berkata, Erdogan Make Turkey Great Again.
Ramai orang Turki Istanbul menyampah dengan kata orang luar, bahawa orang Istanbul ini semuanya sekular, minum arak dan makan babi macam orang Eropah.
Walaupun majoriti begitu, segelintir masih lagi berpaut pada tali rahmat yang dihulur Allah swt. Mereka masih berharap Istanbul akan kembali menjadi Islam dan bukannya MINO (Muslim In Name Only) semata-mata.
Sekian lama, Turki menganut dogma sekularisme Ataturk yang dipanggil ‘laiklik’, atau ‘laïcite’, perkataan Perancis untuk sekularisme versi paksaan. Ada beza antara sekular jenis Amerika, di mana nilai agama bebas diamalkan dalam pemerintahan asalkan tidak melanggar Perlembagaan Amerika.
Dengan sekular jenis laïcite, di mana agama dilarang keras masuk dalam sistem kerajaan, sampai dilarang bertudung, dilarang berpuasa pada hari bekerja dan Hari Raya tidak disambut sebagai hari bercuti. Contoh sekular jenis laïcite ialah seperti di Perancis dan di Turki.
Apa yang dikatakan Erdogan make Turkey great again ni? Ekonomi Turki sedang dalam keadaan buruk, terutamanya menjadi negara antara yang tertinggi terkena COVID19.
Politik hari ini tidak bertanya tentang soal kebebasan hak asasi manusia ke, rasuah ke, bahkan ekonomi pun nombor dua. Politik hari ini paling utama ialah politik identiti.
Lihatlah di Amerika, sejak Trump jadi Presiden, walaupun ekonomi Amerika sepanjang 2017-2019 dianggap sebagai pencapaian ekonomi terbaik Amerika sejak 1950an, tetapi masih dikritik media kerana Civic Nationalism mengikis suara “Manhattan dan Hollywood Bubble” ni. Media perdana mula diperlekehkan dan ditolak.
Orang mula membakulsampahkan Buzzfeed, WatchMojo atau mereka yang suka menonton Trevor Noah, Stephen Colbert dan Samantha Bee yang langsung tak kelakar tu.
Segala dokumentari politik dari Vox, Vice atau Washington Post akan mendapat thumbsdown banyak di Youtube. Salah seorang aktivis SJW yang menyamar jadi wartawan, Carlos Maza dipecat sebab dia sokong Antifa dalam satu videonya, sebab terlalu banyak dapat dislike dan makian dalam komen.
Sementara bekas wartawan Vice News yang dipecat kerana mengkritik golongan kiri, Tim Pool pula kini mendapat viewers yang tinggi walaupun dia menyokong Tulsi Gabbard.
Begitu juga di Jepun, bila ramai orang mahu Artikel 9 dalam Perlembagaan Jepun dimansuhkan. Artikel yang memandulkan tentera mereka selama ini dengan melarang untuk berperang.
Di Malaysia, walaupun ramai orang Melayu tak suka Najib Razak dan Rosmah Mansur. Tapi pandangan orang Melayu di heartland ialah “jahat Najib, at least tak kikis hak Melayu macam DAP“.
Orang yang bijak membaca politik adalah orang yang sedar bahawa all politicians are crooks. Cuma, tugas ahli politik ialah menyuarakan pendapat rakyat di dewan tertinggi. Tahu tak kenapa Parlimen ke Kongres ke Diet ke, apa nama dia sekalipun, sekarang ni semua macam pasar? Sebab masyarakat kita pun sedang bergaduh antara satu sama lain.
Dan naratif pertarungan kali ini ialah Liberal Globalist vs Civic Nationalist. Topik ketirisan, rasuah, hak asasi manusia, ini semua boleh bincang kemudian lepas siapa yang akan menang antara dua atas ni. Politik pasca moden ialah politik identiti.
Politik Turki pun tidak sunyi daripada pergaduhan ini. Golongan SJW kat Bangsar Bubble pun kau dah tak tahan dengan perangainya, apatah lagi SJW Istanbul Bubble? Dia punya tahap taksub dengan sekularisme dan modeniti tu gila babi.
Jadi, sama seperti masa Donald Trump mengangkat sumpah jadi Presiden, atau jam 11 malam di Britain pada 31 Januari 2020 (Hari Brexit), atau hari Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah depan Agong, hari solat Jumaat pertama di Hagia Sophia adalah hari kemenangan pertama golongan civic nationalist di Turki.
Pada azan tersebut, ramai orang membawa bendera Turki sebagai bangga negara kembali dikuasai mereka yang menentang arus globalist.
Ketika Pope Francis I, Vladimir Putin, Emannuel Macron dan Kesatuan Eropah mengkritik tindakan Erdogan, rakyat Turki menunjuk jari tengah kepada mereka yang cuba paksa rakyat tempatan mengikut telunjuk boss paling atas moralist libtard, George Soros.
Turki tidak lagi takut untuk melanggar undang-undang NATO kerana Trump sudah tidak peduli dengan NATO. Everybody’s at our own right now. Abad ke-21 ialah semua orang cuba menjadi kuat. Sebab itu pemimpin seperti Trump, Duterte, Erdogan, Orban, Bolsonaro dan Modi kini popular di negara masing-masing. Strongman.
Shinzo Abe bijak membaca rentak selepas melihat retak menanti belah kerajaan DPJ. Begitu juga di Taiwan yang memperjuangkan kemerdekaan. Di Hong Kong, mereka terus menentang evil dynasty of Communist Party.
Seluruh rakyat China sebenarnya mula mahu bangkit, terutamanya di wilayah miskin yang ada 800 juta orang hidup di bawah garis kemiskinan. Yang orang luar China tak tahu.
Zaman sekarang adalah masa civic nationalism melancarkan pemberontakan ke atas nilai-nilai moral liberal Barat sejak pasca Perang Dunia Kedua. Nilai yang dibuat oleh Woodrow Wilson dan Theodore Rossevelt sudah tidak relevan lagi untuk dunia.
Presiden Erdogan turun daripada helikopter tentera dan disambut dengan suara gilang gemilang dari golongan civic nationalist Istanbul.
Aku tak pasti apa yang dicakap oleh khatib dalam khutbah tu sebab aku tak faham bahasa Turki, tapi apa yang aku faham dari gaya badan makmum, mereka kelihatan bersemangat.
Bagi identiti mereka, Islam – hari ini adalah hari kemenangan pertama selepas lamanya Sultan Al Fateh menakluk Constantinople pada 1453. Bagi ramai majoriti, hari ini adalah hari kemenangan umat Islam menentang sekularis.
Bagi aku, hari ini adalah hari kemenangan Civic Nationalist Turki menentang Liberal Zionist yang mengawal Timur Tengah sejak 1948.
Hari ini akan dikenang oleh rakyat Turki sampai bila-bila, macam kita di Malaysia ingat Langkah Sheraton.
PenggerakDaily
*Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Penggerak Daily
Kredit gambar: Hurriyet Daily news