Categories
Berita

HAJIJI NOOR ANGKAT SUMPAH KETUA MENTERI SABAH KE-16

KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada Selasa. Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan pada jam 10.35 pagi di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Upacara angkat sumpah berkenaan turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Turut hadir pada majlis istiadat angkat sumpah tersebut ialah pegawai tinggi kerajaan negeri.
Istiadat angkat sumpah tersebut sekali gus menamatkan isu pelantikan Ketua Menteri Sabah yang berlarutan selama dua hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *