Oleh: Editorial Penggerak Daily
Johor Bahru, 30 OKT: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor mengutuk keras Presiden Emmanuel Macron yang dengan sewenang-wenangnya menyerang Islam dalam ucapan beliau baru-baru ini, kata Pengerusi PKN Johor, Mohd Rashid Hasnon dalam satu kenyataan media, semalam.
“PKN Negeri Johor menganggap alasan “Hak Kebebasan Bersuara” yang digunakan oleh Macron untuk menyerang Nabi Muhammad SAW dan umat Islam adalah tidak relevan dan bersifat ‘eskapisme’ semata-mata”,
“Ucapan beliau jelas sangat menghina dan menyemai kebencian terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam telah menguris hati ramai umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia”, tambah Rashid yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
“Ucapan provokasi yang dibuat oleh Macron baru-baru ini dilihat seolah-olah beliau sengaja menuduh umat Islam sebagai pengganas atau puak pemisah. adalah tidak adil bagi umat Islam secara amnya”.
Justeru, sebagai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang sentiasa mengangkat isu-isu kemanusiaan sejagat, PKN Negeri Johor merasa kesal dengan ucapan provokasi daripada Macron.
PenggerakDaily