Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sebuah mahkamah di MesirĀ telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara keatas beberapa remaja wanita kerana membuat hantaran tidak senonoh pada video TikTok.
Mereka juga diputuskan melanggar nilai-nilai dan prinsip-prinsip keluarga Mesir sehingga masing-masing didenda hampir USD19,000.
Menurut pendakwa raya, tindakan mereka dilihat cuba menggalakan perlakuan tidak senonoh dan tidak bermoral serta secara tidak langsung mempromosikan aktiviti perdagangan manusia.
Meskipun Mesir relatifnya agak liberal, namun perubahan zaman daripada moden kepada pascamoden membuatkan masyarakat khususnya genarasi Z beralih kepada konservatif.
PenggerakDaily