Categories
Berita

HARGA PETROL NAIK

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 21 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan, harga runcit RON95 naik daripada RM1.63 kepada RM1.68 seliter manakala harga RON97 pula meningkat daripada RM1.93 kepada RM1.98 seliter.

Katanya, harga runcit diesel turut naik tiga sen kepada RM1.79 seliter berbanding RM1.82 seliter minggu lalu.

“Kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *