Oleh: Editorial Penggerak Daily
Keprihatinan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar dalam menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan memerangi penularan COVID-19 dengan memperkenalkan Pingat Jasa Dikenang wajar dicontohi semua pemimpin, kata Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Rashid Hasnon.
“Dengan kadar kes yang meningkat secara drastik, usaha mengawal penularan pandemik ini perlu digembleng oleh semua pihak”, tambah Rashid yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat.
“Saya yakin, dengan mengurniakan Pingat Jasa Dikenang kepada penerima dari pelbagai
jabatan dan agensi yang terlibat memerangai pandemik ini dapat memantapkan lagi kerjasama pelbagai pihak untuk mengawal penularan pandemik ini”,
jabatan dan agensi yang terlibat memerangai pandemik ini dapat memantapkan lagi kerjasama pelbagai pihak untuk mengawal penularan pandemik ini”,
” Harapan saya, semoga usaha murni yang dilaksanakan Sultan Johor mengurniakan pingat kepada petugas barisan hadapan ini dapat dijadikan contoh dan pemangkin semangat kepada petugas barisan hadapan agar terus kuat melawan pandemik ini”.
Sebelum ini, Sultan Johor telah memperkenalkan Pingat Jasa Dikenang untuk bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri Johor.
PenggerakDaily