Oleh: Editorial Penggerak Daily
Warga Malaysia yang sudah mula bekerja di Singapura susulan rentas sempadan Singapura-Malaysia telah dibuka secara berperingkat dinasihatkan berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan kementerian.
Hal ini kerana sebanyak 100 kes COVID-19 baharu dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam lepas dengan dua daripadanya kes import, menjadikan jumlah terkini kes jangkitan penyakit itu menjangkau kepada angka 55,938.
Menurut data ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini, kedua-dua kes import itu telah dikenakan Notis Tinggal Di Rumah sebaik tiba di Singapura.
Berdasarkan kepada siasatan setakat ini, kementerian itu berkata terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan seorang warga Singapura.
Sementara itu kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan pemegang permit kerja yang kini menjalani kuarantin.
Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Isnin, kementerian itu berkata terdapat kira-kira 18,600 pekerja yang masih menjalani tempoh kuarantin setakat ini.
PenggerakDaily