Oleh: Editorial Penggerak Daily
Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) mengecam sepenuhnya tindakan pihak yang mengutamakan kepentingan politik peribadi dari kemaslahatan umum, dalam pada mengheret intitusi DiRaja untuk terpalit secara berulang dalam kancah perebutan kuasa, sedang rakyat telah menyaksikan dan merasa peritnya mainan perebutan kuasa ini, kata Ketua Penerangan ARMADA, Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir.
“Hal ini dizahirkan ARMADA rentetan pengumuman Presiden PKR yang menyatakan bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang cukup dalam kalangan ahli parlimen bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri”,
ARMADA juga turut hairan apakah Anwar Ibrahim tidak terkesan dengan perubahan di Sabah sehingga menyaksikan jumlah COVID-19 naik mendadak.
“Ternyata ini bukanlah masa yang sesuai, melainkan Anwar Ibrahim begitu pentingkan diri dengan mengambil kesempatan dalam kesempitan di samping sanggup mempergunakan serta mengheret institusi DiRaja serta Istana Negara untuk menjatuhkan sebuah kerajaan (Perikatan Nasional) yang secara jelas diiktiraf bernaung di bawah YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu secara perlembagaan melalui Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan”.
ARMADA menyeru sokongan teguh masyarakat dalam pada menilai usaha Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini yang begitu bertekad dan berbakti demi rakyat. Sebegitu terus berdoa agar negara dilindungi dan mendesak supaya seluruh pemimpin politik mampu membulatkan usaha dan mengembleng tenaga untuk memastikan Malaysia mampu keluar dari masalah pandemik dan bangkit secara bersama dalam menggerakkan ekonomi rakyat dan negara.
PenggerakDaily