Oleh: Editorial Penggerak Daily
Hero filem Black Panther, Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser kolon di kediamannya, California, Amerika Syarikat.
Aktor berusia 43 tahun itu telah disahkan menghidap kanser kolon sejak empat tahun lalu.
Menurut jurucakap Chadwick iaitu Nicki Fioravante, aktor itu meninggal dunia di samping isteri dan ahli keluarga.
Sementara itu, ahli keluarga Boseman mengesahkan perkara itu melalui akaun twitter rasminya @chadwickboseman.
“Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.
Keluarga Boseman berkata, ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T’Challa dalam filem Black Panther.
Sumber: Mstar