Categories
Berita Budaya Politik

HINA UMAT ISLAM: PN KECAM UCAPAN PRESIDEN PERANCIS

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Johor, 28 OKT – Perikatan Nasional mengecam kenyataan Presiden Perancis, Macron yang memberi ucapan berbaur kebencian kepada Islam dan Nabi Muhammad secara terbuka, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, ucapan yang berbaur kebencian seperti ini tidak dapat diterima oleh masyarakat rasional tanpa mengira perbezaan agama dan kerakyatan.

“Tindakan Macron menfitnah Nabi Muhammad dan menggeneralisasi umat Islam sebagai pengganas merupakan tindakan  provokatif kepada umat Islam dan menyemai kebencian dan permusuhan terhadap umat Islam”.

Dalam kenyataan tersebut, Azmin juga menegaskan pandangan yang mengecam Islam sebagai agama yang memerlukan ‘Pencerahan’ merupakan kesan dari budaya Islamofobia dan ketidakmampuan intelektual memahami masalah yang mempengaruhi dunia.

PenggerakDaily

Foto: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *