Oleh: Editorial Penggerak Daily
Mengambil maklum keprihatinan beberapa pihak tentang status kesihatan dan keselamatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin usai berkempen di PRN Sabah baru-baru ini, saya maklumkan kronologi berikut agar dapat melegakan pihak-pihak terbabit, kata Setiausaha Politik Zuraida, Hizwan Ahmad.
Menurut Hizwan, YB Zuraida pulang dari Sabah pada 26 September dan terus menjalani ujian swab di lapangan terbang KLIA2 sejurus tiba dan keputusan segera yang diperolehi adalah negatif.
“Pada 27 September keesokannya beliau hadir dalam program di Langkawi pada sebelah pagi dan pulang petang itu juga”,
“Pada pagi 28 September beliau hadir ke program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur dan hanya pada petangnya dimaklumkan bahawa terdapat satu kes positif COVID -19 dalam program di Langkawi pada hari 27 September tersebut”,
“Pada pagi 29 September YB Zuraida sekali lagi menjalani ujian swab dan keputusannya juga negatif”,
“Kini YB Zuraida Kamaruddin sedang menjalani self-quarantine di kediaman beliau selama 14 hari seperti saranan KKM”,
“Keputusan ujian tersebut turut dilampirkan dengan ini untuk rujukan semua:,
Hizwan juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak.
PenggerakDaily