Oleh: Editorial Penggerak Daily
Saya dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin setelah rundingan di kalangan ADUN GRS yang menang, bersepakat mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, kata Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media, tadi.
“(Keputusan ini) demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan kerajaan Warisan sebelum ini”,
Tambah Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO, saya hormati keputusan tersebut atas dasar autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.
“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS”.
PenggerakDaily