JOHOR BAHRU: Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperluaskan skop i-Sinar yang membolehkan 2 juta ahli terkesan mengakses akaun 1.
Menurut kenyataan media dari KWSP, hari ini, 2 juta itu merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
“Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020 dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat”,
“Pengkreditan pertama akan bermula Januari 2021 dan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan”,
Secara umum, ahli yang boleh mengakses 10 peratus dari amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada bagi minimum 100.
Bagi ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah, (akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000 manakala ahli yang mempunyai baki Akaun 1 lebih dari RM90,000, akan mempunyai akses 10 peratus dengan jumlah maksimum RM60, 000.
Butiran lanjut boleh didapati di pautan www.kwsp.gov.com
PenggerakDaily