Oleh: Editorial Penggerak Daily
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata ibu tunggal yang permohonan bantuannya sebanyak RM300 di bawah Penjana ditolak boleh membuat permohonan semula sebelum 31 Oktober ini.
“Sejak permohonan dibuka Julai lepas hanya 25,000 permohonan diluluskan dan selebihnya ditolak berikutan maklumat tidak lengkap seperti tidak mengemukakan surat perceraian dan dokumen kematian suami”,
“Ibu tunggal di seluruh negara jangan mudah berputus asa apabila permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan Penjana ditolak, mereka masih berpeluang mengemukakan permohonan baharu dengan segera.
Sumber: Bernama