Oleh: Editorial Penggerak Daily
Selepas sejam dilancarkan semalam, video muzik (MV) baharu berjudul Ice Cream hasil kolabrasi Blackpink dan Selena Gomez telah jadi trending dan mendapat lebih 2 juta tanda suka.
MenerusiĀ Instagram, Selena berkongsi foto dan kapsyen memaklumkan kepada peminat mengenai video muzik (MV) yang sudah dimuat naik di lamanĀ YouTube.
“#SELPINK di kawasan anda. Lagu dan video Ice Cream sudah dilancarkan,” tulisnya.
Dalam MV tersebut, Blackpink dan Selena tampil ceria menari bertemakan warna-warni menggambarkan ais krim.
PenggerakDaily
Sumber: Mstar