Oleh: Editorial Penggerak Daily
JOHOR BAHRU, 12 JULAI 2020: Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad memuji infrastruktur kejohanan SUKMA XX di Johor berkelas dunia.
Kata beliau,” di Educity, acara renang dan perlawanan bola sepak akan diadakan..melihat kepada kemudahan yang ada, ianya dapat menampung 10,000 pengunjung termasuk ahli sukan di kawasan tersebut.
“Manakala di Sportcity, terdapat padang sasar bagi acara menembak dan stadium bagi acara balapan”.
Menurut Hasni lagi, keseluruhan infrastruktur dijangka siap hujung tahun ini memandangkan 97 peratus telah siap.
Kata beliau lagi,” dengan RM468 juta yang dibelanjakan kerajaan pusat dan kerajaan negeri, komplek-kompleks sukan dibangunkan dengan pelbagai kaedah”.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Selangorkini