Categories
Berita

INISIATIF PRIHATIN: RALAT

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Merujuk kepada bantuan Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas semalam, angka sebenar pemandu e-hailing ialah sebanyak 68,336 yang telah menerima elaun tunai RM500 berjumlah RM34 juta.

Manakala 37,127 pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran telah menerima elaun RM600 dengan jumlah keseluruhan RM22.2 juta.

Berkenaan bantuan subsidi upah pula, inisiatif bernilai RM7.4 bilion ini telah memberi manfaat kepada 313,000 majikan dan 2.5 juta pekerja seluruh negara.

PenggerakDaily

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *