Categories
Berita Kesihatan

IRAN UCAP TAHNIAH KEJAYAAN MALAYSIA BERDEPAN COVID-19

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Duta Besar Iran ke Malaysia, TYT Ali Ashgar Mohammadi mengucapkan tahniah di atas kejayaan kerajaan Malaysia ketika berdepan wabak pandemik Covid-19.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia di pejabatnya hari ini.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Iran di samping membincangkan beberapa cadangan kerjasama Malaysia-Iran dalam bidang kesihatan.
Hadir sama, Prof. Dr. Abdul Houssien Feridoun dan Encik Javad Bakhshi dari Kedutaan Iran manakala KKM diwakili oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan, YBrs. Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), KKM, YBhg. Dato’ Dr Norhizan Ismail, Pengarah Perkembangan Perubatan, KKM dan pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *