Masalah ini mendatangkan pelbagai kerugian seperti harta benda yang mencecah jutaan ringgit dan mengorbankan nyawa.
Jelas, isu ini merupakan masalah kritikal bagi masyarakat yang menetap di rumah panjang khususnya di Sabah dan Sarawak.
Prihatin dengan isu ini, Ahli Parlimen Seratok, Tuan Ali Anak Biju telah menyampaikan sumbangan Alat Pemadan Api (APA) kepada 6 buah rumah panjang sekitar Seratok hari ini.
Enam buah rumah panjang yang menerima sumbangan APA ialah Rumah Panjang Ganti, Rumah Panjang Sg. Engkabang Roban, Rumah Panjang Bundan, Rumah Panjang Nyelang, Rumah Panjang Renggi dan Rumah Panjang Casiday.
APA tersebut telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Saratok, Tuan Nazri. Sumbangan ini bukan saja dapat membantu mengurangkan risiko kebakaran rumah panjang, malahan dapat mengeratkan lagi hubungan antara anggota bomba dan penduduk Seratok.
PenggerakDaily