Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan tular berita berkaitan keperluan lesen FINAS bagi memuat naik video di media sosial, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Saifuddin Abdullah menegaskan sebahagian laporan tersebut memberi gambaran tidak tepat hingga mengundang salah faham netizen.
Bagi Saifuddin, tidak menjadi isu kerajaan kini menyekat kebebasan individu kerana akta yang dijelaskan Saifuddin semasa berbahas di sidang parlimen merujuk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).
Akta ini merupakan akta yang diluluskan parlimen pada tahun 1981 dan telah pun digunakan oleh kerajaan terdahulu termasuk Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.
Kata Saifuddin, “pada 1981, teknologi pada masa itu tiada langsung media sosial seperti Tik Tok, Youtube dan sebagainya, justeru akta ini perlu penambahbaikan”.
Tambah Saifuddin lagi, kerajaan Pakatan Nasional tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam medi sosial.
“KKMM terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja Akta 244, malahan semua undang-undang di bawah pengawasan KKMM supaya sesuai dengan kehendak semasa”.
PenggerakDaily