Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kedudukan kewangan Tabung Haji menjadi polemik dan bahan debat antara PN dan PH hingga menyebabkan Naib Presiden Parti AMANAH, Mujahid Yusof mencabar Abdul Azeez untuk berdebat mengenai institusi kewangan tersebut.
Terdahulu, Mujahid mengatakan pihaknya tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.
Azeez sahut cabaran Mujahid. Ahli Parlimen Baling ini berkata menerusi facebooknya, debat bersama Mujahid untuk membincangkan isu TH sepatutnya dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha tetapi pihak pengurusannya menetapkan satu tarikh yang sesuai bagi program tersebut kerana terlalu ramai berminat menyaksikan debat ini.
“Entah apalah yang Yang Berhormat Parit Buntar seronok sangat ni. Saya dulu bukan menteri agama pun. Bukan juga timbalan menteri tetapi hanyalah seorang bekas Pengerusi Bukan Eksekutif (TH). Insya-ALLAH kita jumpa nanti,” katanya.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Mynewshub