Oleh: Editorial Penggerak Daily
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengingatkan kepada semua pengguna mesin penapis elektrik supaya menutup atau mematikan suis mesin air tersebut ketika tiada orang di rumah.
Penapis air elektrik yang dinyatakan tidak kira apa jenama termasuk SK MAGIC, CUCKOO, COWAY, LG dan lain-lain.
Menurut Info Keselamatan Komuniti, pemanas air sentiasa berfungsi walaupun tiada bekalan air.
Mesin ini terbeban dengan kuasa pam mesin yang akan berjalan tanpa bekalan air menjadikan ‘overheating’ seterusnya boleh menyebabkan kebakaran.
Diharapkan info ini membuatkan pengguna mesin penapis lebih cakna dan tindakan awal ini boleh menyelamatkan harta dan nyawa.
PenggerakDaily