Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dimaklumkan bahawa laluan masuk ke Jalan Muar-Labis dari arah Segamat akan ditutup sementara dan akan dilencongkan bermula 1 November 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB (PLBEGJB), umum Media Info Trafik PLBEGJB.
“Bagi pemandu yang ingin ke Jalan Muar- Labis, anda dikehendaki untuk membuat pusingan- U berdekatan SK Labis (untuk kenderaan jenis ringan) dan bagi kenderaan jenis berat, anda dikehendaki membuat pusingan-U berdekatan Jalan Teguh 3 untuk masuk ke Jalan Muar-Labis”,
“Pastikan anda peka dengan papan tanda-papan tanda yang telah disediakan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman FB Majlis Daerah Segamat dan Majlis Daerah Labis”.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian Hotline PLBEGJB di 1-800-22-8811.
PenggerakDaily