Categories
Berita Kesihatan

JANGAN AMBIL MUDAH PENINGKATAN KES COVID-19 – SULTAN JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.

Baginda menegaskan, semua pihak wajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik berkenaan.

“Jangan mengambil mudah peningkatan kes-kes baharu Covid-19 di seluruh negara.

“Patuhi amalan SOP bagi mencegah penularan pandemik berkenaan,” titah baginda dalam hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.

Sehingga semalam, Johor mencatatkan 41 kes Covid-19 yang antaranya melibatkan Kluster Bakawali berpunca daripada individu pulang dari Sabah.

Selain itu, Johor Bahru mencatatkan empat kawasan zon kuning iaitu lokasi Bandar, Plentong, Pulai dan Tebrau.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *