Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Kita mempunyai agenda besar untuk lagi jitu memperkukuh benteng dalam memperkasa ikatan yang dibina, jangan lah kita mendegar sahaja guruh di langit, habis air satu tempayan kita simbah ke tanah” luah ADUN Bukit Kepong, Dr. Sahruddin Jamal melalui akaun facebooknya tadi.
“Mana-mana individu mahupun kelompok yang lantang dan terang-terangan yang ingin meperkotak – katikkan permuafakatan didalam Perikatan Nasional, anda perlu ingat! Anda lah parasite dalam keharmonian”, tambah bekas Menteri Besar Johor itu lagi.
“Kami mendukung penuh kebebasan bersuara, namun bukan omongan yang membuta tuli tanpa sebarang perbincangan dan musyuarah”,
Selaku Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pagoh, Sahruddin menyeru rakyat Malaysia agar terus menyokong kepimpinan agar terus kukuh tanpa anasir songsang yang menggugat.
Bak kata pepatah, muafakat itu berkat.
PenggerakDaily