Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Kami mohon penerbit jangan ‘peram’ apabila mereka dapat geran untuk sengaja melambatkan proses penerbitan… kalau ada sebab, tak ada masalah”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
“Geran yang ditawarkan itu khusus untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan serta merancakkan semula industri, bukannya bagi penerbit menyimpan ia sebagai “stok”, tambah hero Cinta Antara Benua itu lagi.
“Syarikat penerbitan yang didapati menyalahgunakan geran diperolehi melalui Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (Pelaksana) bakal dibatalkan insentif itu”
Suntikan dana Pelaksana itu bertujuan membantu syarikat perfileman meneruskan penggambaran, selain membayar hutang tertunggak kerana tidak dapat menjalankan penggambaran selama berbulan-bulan ekoran penularan Covid-19.
Pelaksana dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah Julai lalu untuk membantu dan memberi suntikan dana kepada penggiat industri bermula bulan lalu hingga Disember depan.
PenggerakDaily