Categories
Berita Politik

JANGAN TULAR BERITA PALSU, PAK LAH MASIH SIHAT

Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan satu lagi mesej tular di media sosial berhubung keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu.

“Beliau berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga.

“Pihak pejabat juga amat kesal dengan penularan berita palsu yang sama walaupun 
laporan polis telah dibuat pada 10 Ogos lalu yang lalu,” menurut kenyataan pada Jumaat.

Berita sama, kononnya Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lah, dalam keadaan kritikal menjadi tular pada 2 Ogos lalu.

Ekoran itu, Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap masyarakat dapat memastikan kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang disahkan.

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *