JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengadakan kerjasama dengan Subway, sebuah francais dari Amerika Syarikat.
Menurut laman Johor Southern Tigers, Syarikat sandwich ini akan membuka kedai mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun hadapan.
“Ketika ini, Harimau Selatan sedang dalam proses rundingan bersama tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium yang serba canggih ini”,
:Stadium Sultan Ibrahim direka untuk menjadi destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak”.
PenggerakDaily