Categories
Berita Ekonomi Teknologi

JENDELA PERKUKUH INFRASTRUKTUR KESALINGHUBUNGAN RAKYAT MALAYSIA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Susulan pandemik, kerajaan telah membangunkan sebuah pelan infrastruktur yang dikenal sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai platform penambaikan komunikasi digital negara secara berfasa di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Menurut Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, pelan tindakan ini dirangka melalui satu sesi Makmal akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar serta mempersiapkan negara kepada teknologi 5G.

“Fasa pertama JENDELA ialah memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan penduduk”

“Mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps serta membolehkan sebanyak 7,5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit”, katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagi fasa 2 pula, peralihan kepada 5G akan disusuli selepas platform yang kukuh di fasa 1 dapat dicapai, selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *