Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pandemik COVID-19 telah menjadikan globalisasi dan perdagangan antarabangsa amat terganggu, oleh itu, penubuhan Johor, Economic, Tourism and Cultural Office (JETCO) di Singapura ini bakal menerobos naratif baharu ekonomi, kebudayaan dan pelancongan pasca COVID-19, kata Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.
“Penubuhan JETCO Singapura bertujuan mempromosi Johor sebagai destinasi pelancongan, pelaburan, perdagangan da kebudayaan bertaraf global”,
“Selepas ini, JETCO Singapura akan bergiat aktif dalam usaha membawa masuk pelaburan, mempromosi sector pelancongan dan kebudayaan di antara Johor serta Singapura”, tambah Hasni lagi dalam satu kenyataan, hari ini.
JETCO merupakan salah satu daripada 7 Ikhtiar Makmur Johor seperti yang telah diumumkan pada Jun lalu.
PenggerakDaily