Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Jika boleh, saya nak minta Lid (Khalid Samad) jadi Timbalan saya sebab dia sangat faham hal Bitcoin”, seloroh Najib Razak di facebook susulan pendedahan senarai 19 ahli parlimen UMNO yang dikatakan menyokong Anwar Ibrahim di satu laman web semalam.
Laman web tersebut turut menyenaraikan cabinet yang bakal dibentuk apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memimpin kerajaan kelak.
Dalam senarai tersebut, Najib turut tersenarai sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Melihat kepada senarai kabinet tersebut, beberapa netizen turut mengusik Najib kerana kalau senarai itu benar, nampaknya Najib Razak terpaksa bekerjasama dengan Menteri Kewangan 1, Lim Guang Eng.
PenggerakDaily