Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Jika kita sayangkan bangsa kita dan meletakkan Islam paling tinggi, kita tidak akan menindas bangsa-bangsa lain”, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam ucapannya semasa Majlis Penghargaan Pesara Tentera di perkarangan Persekutuan Melayu, semalam.
“Kita telah dijadikan bersuku-suku, berbangsa-bangsa supaya kenal-mengenal antara satu sama lain”, sambung Rashid lagi.
“Justeru, saya sentiasa terbuka dengan cadangan dari veteran tentera dalam usaha menambahbaikkan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia”.
Program yang dianjurkan Persatuan Melayu Kluang telah menghimpunkan 12 cawangan persatuan veteran tentera di seluruh Johor dan turut dimeriahkan dengan kehadiran 40 orang artis veteran, antaranya Delimawati, M. Husni dan ramai lagi.
Dalam majlis itu juga, Rashid Hasnon telah menyerahkan sumbangan kepada veteran tentera yang memerlukan di samping menyumbang 5 buah kerusi roda kepada veteran kurang upaya.
PenggerakDaily