JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pesakit positif Covid-19 di negeri ini sudah berubah.
JKNJ dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook mereka memaklumkan, kenyataan yang tular itu hanya terpakai di Lembah Klang, Selangor sahaja.
Sehubungan itu pihaknya berharap masyarakat negeri ini tidak bertindak menyebarkan maklumat palsu dan hanya mendapatkan maklumat daripada sumber sahih.
“Kenyataan yang tular ini hanya terpakai di Greater Klang Valley, Selangor. Tidak termasuk negeri Johor.
“Orang ramai diharapkan tidak menyebarkan berita palsu dan mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih. Terima kasih,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, tular di media sosial WhatsApp satu dakwaan bahawa terdapat SOP terkini di Johor bagi seseorang individu yang positif Covid-19.
Kenyataan itu mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan lagi memanggil untuk pemakaian gelang kuarantin dan penyerahan Perintah Pengawasan dan Kawalan (HSO).
Penggerak Daily