Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pelakon dan pengarah Hollywood, Joseph Gordon-Levitt menerusi beberapa entri di media sosial mencari bakat seluruh dunia termasuk yang fasih berbahasa Melayu untuk menyertai projeknya di platform media yang dinamakan HitRecord.
Tidak kira, apa-apa cabang seni sekalipun sama ada penyanyi, pemuzik, pelakon, penulis atau penyajak untuk turut sama terlibat dalam projek tersebut.
Pelakon yang terkenal menerusi filem 500 Days of Summer itu turut memerlukan bakat dari Malaysia untuk terbabit dalam satu projek filemnya yang akan datang.
Gordon-Levitt sebelum ini telah menghasilkan projek seperti filem pendek serta buku, dan telah menerbitkan filem pendek seperti Morgan M. Morgansen’s Date with Destiny dan sekuelnya Morgan dan Destiny’s Eleveneenth Date: The Zeppelin Zoo.
PenggerakDaily
Sumber: Awani