Oleh: Editorial Penggerak Daily
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia berganding bahu menjalankan penyelidikan bagi menjamin ekosistem perlindungan data peribadi.
Melalui kolaborasi ini, CyberSecurity Malaysia yang merupakan pusat pakar teknikal keselamatan siber akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan JPDP dalam usaha mempertingkatkan tahap perlindungan data peribadi dan keselamatan siber di Malaysia agar sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.
Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui melalui jalinan kerjasama strategik ini adalah perkongsian maklumat insiden siber berkaitan data peribadi, khidmat nasihat berkaitan keselamatan siber, pembangunan makmal forensik digital dan pusat data digital serta pembangunan modal insan.
PenggerakDaily