Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kota Iskandar, 28 Okt -Jualan Makmur Johor dijangkan memberi manfaat kepada 39,500 rakyat Johor dan warganegara yang menetap di Johor, kata Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dalam Majlis Pelancaran Jualan Makmur Johor di Kota Iskandar pagi tadi.
Inisiatif Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Shopee dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna Johor merupakan usaha membantu golongan B40 dan M40 yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19.
Program ini bakal menawarkan pembelian barang keperluan dengan minimum RM60 akan mendapat potongan sebanyak RM20 di Shopee di bawah baucar Jualan Makmur Johor. Melalui program ini juga, Shopee menawarkan penghantaran secara percuma.
Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Jualan Makmur Johor ialah EXCO Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. Chong Fat Full.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program berkenaan dengan melayari laman web https://shopee.com.my/m/jmj
PenggerakDaily