Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, kematian akibat virus COVID-19 di peringkat global sebanyak 1,122,036 kematian.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 220,902 kematian, diikuti Brazil dengan 154,176 kematian, India 115,197 dan Mexico 86,338.
Manakala, United Kingdom mencatatkan 44,057 kes.
Itali, Sepanyol, Perancis, Peru dan Iran pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes manakala negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Colombia, Argentina dan Rusia.
Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Sumber: Awani