Oleh: Editorial Penggerak Daily
Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau di mana-mana bahagian di Malaysia. menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini.
“Jemaah akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku”
“Keutamaan Jemaah Menteri dan Kerajaan pada masa ini ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak COVID-19”,
“Saya menjunjung kasih atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat”, tambahnya lagi.
PenggerakDaily