Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ahli Parlimen Segamat, Dr. Santhara Kumar memperoleh prestasi cemerlang, iaitu 100 peratus dalam permohonan peruntukan Kad Laporan Prestasi Parlimen bagi P.140, Segamat.
Kad laporan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah ICU Johor, Tuan Abdul Halim Hamzah di Pusat Khidmat Parlimen Segamat.
Turut hadir sama YDP Majlis Perbandaran Segamat Tuan Hj Md. Asri Bin Hj Amir dan Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Bin Selamat.
Dimaklumkan, kad laporan seseorang anggota parlimen adalah rujukan terbaik untuk pengundi menilai prestasi wakil rakyat mereka sebelum membuat pemilihan pada Pilihan Raya Umum nanti.
Anggota parlimen yang terpilih semula sebagai calon sewajarnya dinilai berdasarkan kad laporan prestasi kerana ia mengandungi maklumat terperinci semua perbahasan dan isu yang dibawa oleh seseorang wakil rakyat terbabit.
Kad laporan anggota parlimen adalah satu pangkalan data yang memperlihatkan prestasi seseorang anggota parlimen sama ada mencapai Indeks Pencapaian Utama (KPI) atau tidak sebagai seorang anggota parlimen yang dipilih rakyat.
PenggerakDaily