Kadar pengangguran yang dilihat menurun pada bulan Jun antara tanda-tanda awal usaha pemulihan ekonomi yang dijalankan kerajaan mula menampakkan hasil, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap pada perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2020 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor, semalam.
Sambil merujuk statistik terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga Jun tahun ini, beliau berkata kadar pengangguran di negara ini secara umumnya pada bulan lepas menurun kepada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada bulan Mei tahun ini.
“Bagi kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun pula, stastik menunjukkan penurunan kepada 9.7 peratus pada Jun berbanding 10 peratus pada Mei tahun ini.