Categories
Alam Sekitar Berita Budaya Ekonomi Kesihatan pembangunan

KALAU DARURAT DIISYTIHARKAN, ADA ASASNYA – PENGANALISIS KESELAMATAN

Darurat boleh diisytiharkan kerana terdapat asas yang menuntut ia dilaksanakan ketika kita berdepan ancaman COVID-19.

Menurut Datuk Dr Ruhanie Ahmad, keselamatan dan kehidupan rakyat serta ekonomi negara terancam ketika penularan COVID-19.

Perkara ini yang memerlukan langkah tuntas dan segera dilaksanakan kerajaan, katanya selaku penganalisis keselamatan.

“Apabila Perdana Menteri isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, ia menandakan bermulanya kita mengisytiharkan COVID-19 sebagai ancaman kepada nyawa dan ekonomi.

“Jadi, sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengisytihar darurat, asasnya sudah ada.

“Asasnya, kerajaan akan melaksanakan satu tindakan untuk tangani wabak secara 
tersusun, teratur, terus menerus dan ,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Ruhanie turut mengharapkan agar rakyat tidak berasa bimbang akan darurat dalam konteks masa kini.

Ini kerana, katanya, ia sangat berbeza dengan darurat ketika negara berdepan ancaman komunis dan pertelingkahan etnik 1969 lalu yang melibatkan ketenteraan dan senjata, serta mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Darurat kali ini mungkin melibatkan kepada pengurusan, iaitu teknokrat, serta pakar, duduk semeja merangka langkah strategik menyelesaikan isu ketidaktentuan ekonomi dan memerangi COVID-19.

“Kita mempunyai sandaran ketika darurat 1969. Proses ini menghasilkan beberapa tindakan dan undang-undang berkesan untuk pastikan ia tidak berulang dan menjamin ekonomi rakyat selepas pelaksanaannya,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan sokongan rakyat terhadap proses ini yang akan memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat mahupun ekonomi.

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *