Pelakon Kamen Rider, Akira Kubodera yang membawa watak Kanai (Kamen Rider Blade) dan Aberu (Kamen Rider Kiva) dilaporkan meninggal dunia akibat bunuh diri.
Beliau ditemukan berada dalam keadaan koma di apartmennya di Tokyo pada Jumaat lalu dan disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.
Dikatakan, sumber pendapatan Akira terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.
Dalam beberapa bulan ini, sudah beberapa orang selebriti Jepun melakukan perbuatan membunuh diri antaranya pelakon, Yuko Takeuchi, Sei Ashina dan Takashi Fujiki.
Sumber: Odisi