Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Saya tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube”, jelas Pavithra susulan berita mengenainya dan suami tular beberapa hari lalu.
Katanya lagi, “Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja”.
Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.
“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya lagi.
PenggerakDaily
Kredit gambar: The Star