Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sebuah kapal minyak, Dayang Topaz dilaporkan karam di Kuala Baram, Miri kira-kira jam 6.45 pagi tadi.
Menurut Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Dato Mohd Zubil Mat Som, Maritim Malaysia mengesahkan pada lebih kurang jam 6.45 pagi tadi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima aduan dari kapal Sapura Construction melaporkan kapal telah menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram.
“Kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut”,
“Pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi dilaporkan hilang kira-kira jam 8.45 pagi namun selamat ditemui pada jam 9.29 pagi di lokasi berhampiran”,
“Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian”, tambah Zubil lagi.
Berdasarkan maklumat awal, kejadian disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran daripada cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak beramB.
PenggerakDaily